SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Vitiligo » Vitiligo (Sopak): Jenis, Gejala, Punca dan Rawatan
Vitiligo

Vitiligo (Sopak): Jenis, Gejala, Punca dan Rawatan

By SihatAfiatUpdated:21/06/2022

Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dianggarkan dihidapi oleh kira-kira 0.5-2% populasi dunia termasuklah orang dewasa dan kanak-kanak. Ia merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan.

Penyakit kulit ini boleh menjejaskan mana-mana kulit termasuk di bahagian kepala dan di dalam mulut. Vitiligo turut dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti diabetes mellitus, tiroid, pernicious anemia dan penyakit Addison.

Penyakit sopak atau vitiligo ini berlaku apabila sel-sel yang menghasilkan melanin mati atau berhenti berfungsi. Penyakit ini menjejaskan semua jenis kulit dan lebih jelas bagi mereka yang mempunyai kulit coklat dan hitam.

vitiligo

Penyakit kulit ini tidak berjangkit atau mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, ia menyebabkan anda berasa tertekan dan membuat anda berasa buruk tentang diri anda.

Jenis-jenis Vitiligo

Terdapat beberapa jenis vitiligo iaitu:

  • Umum (Generalized): Jenis ini adalah yang paling lazim berlaku. Perubahan warna berlaku dipelbagai bahagian badan.
  • Setempat (Focal): Perubahan warna kekal di satu tempat dan tidak merebak.
  • Bersegmen (Segmental): Penyakit jenis ini berlaku terhad kepada satu bahagian badan anda, seperti muka atau tangan anda.
  • Acrofacial: Penyakit jenis ini berlaku di bahagian muka, tangan, mata, hidung dan telinga.
  • Universal: Penyakit jenis ini jarang berlaku, di mana lebih daripada 80% kulit badan kekurangan pigmen.

Tanda-tanda dan Gejala

Tanda-tanda dan gejala vitiligo adalah seperti:

  • Kehilangan warna kulit yang bertompok, yang biasanya mula-mula kelihatan pada tangan, muka, dan kawasan sekitar badan dan alat kelamin
  • Pemutihan pramatang atau uban rambut pada kulit kepala, bulu mata, kening atau janggut anda
  • Kehilangan warna pada tisu yang melapisi bahagian dalam mulut dan hidung (membran mukus)

Punca atau Penyebab

Vitiligo atau sopak berlaku apabila sel-sel yang menghasilkan pigmen mati atau berhenti menghasilkan melanin. Melanin adalah pigmen yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan mata.

Tompok-tompok kulit yang terlibat menjadi lebih cerah atau putih. Tidak jelas apa yang menyebabkan sel-sel pigmen ini gagal berfungsi atau mati. Ia mungkin berkaitan dengan:

  • Penyakit autoimun
  • Keturunan
  • Tekanan, selar matahari yang teruk atau terdedah kepada bahan kimia.

Rawatan

Penyakit ini tidak dapat sembuh sepenuhnya. Rawatan yang diberi bertujuan untuk menghasilkan semula pigmentasi dan menstabilkan proses kehilangan pigmentasi.

Rawatan boleh dibahagikan kepada:

  • Rawatan umum
  • Rawatan topikal
  • Fototerapi
  • Rawatan pembedahan

Rawatan Umum

Penggunaan pelindung matahari dan kosmetik boleh digunakan sebagai rawatan umum.

  • Pelindung matahari boleh melindungi kulit vitiligo daripada terbakar dan luka.
  • Kosmetik dan pewarna kulit untuk menutupi kawasan yang terlibat bagi mengurangkan tekanan perasaan.

Rawatan Topikal

Rawatan topikal sesuai untuk pesakit vitiligo setempat.

  • Topikal kortikosteroid: Rawatan ini paling berguna untuk vitiligo setempat yang baru terjadi. Ia adalah rawatan tahap pertama untuk kanak-kanak.
  • Topikal tacrolimus: Rawatan ini sesuai untuk pesakit yang berusia lebih muda dan bagi kawasan kulit yang sensitif seperti kelopak mata.
  • Pelunturan pigmentasi: Rawatan ini melibatkan pelunturan kulit secara kekal kepada bahagian kulit normal. Ia hanya dipertimbangkan apabila kaedah rawatan lain tidak berkesan.

Fototerapi

Fototerapi sesuai untuk pesakit vitiligo umum boleh memperlahankan atau menghentikan perkembangan penyakit ini.

  • Narrow band ultraviolet B (NB-UVB): Rawatan diberikan 2 hingga 3 kali seminggu. Rawatan ini selamat digunakan untuk wanita hamil dan kanak-kanak.
  • Topikal PUVA (psoralen + UVA): 0.1% 8-methoxypsoralen (MOP) disapu pada kulit dan didedahkan kepada UVA selepas 30 minit. Rawatan diberikan 2 hingga3 kali seminggu.
  • PUVA (psoralen + UVA) oral: Kaedah rawatan ini digunakan jika rawatan PUVA topikal tidak berkesan.
  • Laser eksimer: Rawatan ini telah terbukti meningkatkan pencapaian klinikal dan boleh merawat tompokan vitiligo tanpa menjejaskan bahagian yang tidak terlibat.

Rawatan Pembedahan

Sekiranya rawatan topikal dan fototerapi tidak berjaya, rawatan pembedahan boleh diberikan kepada pesakit vitiligo bersegmen. Teknik pembedahan berikut bertujuan untuk meratakan tona kulit dengan memulihkan warna:

  • Pencantuman kulit
  • Pencantuman lepuh
  • Cellular suspension transplant

Rujukan
  • Mayo Clinic Staff. (2022). Vitiligo. MayoClinic [https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vitiligo/symptoms-causes/syc-20355912]
  • Cleveland Clinic medical professional. (2020). Vitiligo. Cleveland Clinic [https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12419-vitiligo]
  • Bergqvist, C., & Ezzedine, K. (2020). Vitiligo: A Review. Dermatology.
  • Mohd Affandi, A. (2019). Rawatan Vitiligo (Sopak). MyHealth. [http://www.myhealth.gov.my/rawatan-vitiligo-sopak/]
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.