SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Pertolongan Cemas » Tercekik: Apa Yang Patut Anda Lakukan
Pertolongan Cemas

Tercekik: Apa Yang Patut Anda Lakukan

By SihatAfiatUpdated:24/02/2022

Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Sekiranya objek atau makanan menyekat bahangian atas trakea, seseorang itu tidak dapat bernafas. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur

Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak. Artikel ini menjelaskan tanda-tanda, rawatan awal, punca, bahan dan makanan berisiko.

tercekik

Tanda-tanda dan Gejala Tercekik

Berikut adalah tanda-tanda atau gejala apabila seseorang itu tercekik:

  • Susah bercakap secara tiba-tiba
  • Susah bernafas secara tiba-tiba
  • Bunyi pernafasan tidak normal
  • Menggenggam kerongkong/leher
  • Kebiru-biruan pada bibir
  • Batuk
  • Pernafasan yang laju
  • Pengsan
  • Berhenti bernafas

Rawatan Awal

Sekiranya anda berada di tempat kejadian, beberapa langkah rawatan awal yang boleh dilakukan adalah:

1. Bayi (Umur Kurang 1 Tahun) – Keadaan Sedar

  • Pastikan bayi boleh menangis atau batuk.
  • Buka mulut bayi dan periksa benda asing. Keluarkan jika kelihatan. (Jangan lakukan jolokkan jari ke dalam mulut bayi yang mana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk)
  • Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala bayi terkulai sedikit kebawah.
  • Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi.
  • Terlentangkan bayi serta keluarkan benda asing jika kelihatan.
  • Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian tengah-tengh dada dan lakukan 5 kali tekanan.
  • Sekiranya bayi tiba-tiba tidak sedarkan diri, mulakan CPR.
  • Hubungi ambulans (999).

2. Kanak-kanak (Umur 1-8 Tahun) – Keadaan Sedar

  • Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau batuk.
  • Arahkan mangsa untuk batuk sekiranya berupaya sehingga benda asing keluar.
  • Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat mangsa dengan kedudukan kepala lebih rendah.
  • Sekiranya gagal, lakukan Heimlich Maneuver (tekanan di bawah diafragma) sehingga benda asing terkeluar.
  • Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan
  • Lakukan CPR sekiranya mangsa tidak sedarkan diri
  • Hubungi ambulans (999)

3. Dewasa – Keadaan Sedar

  • Arahkan mangsa supaya batuk beberapa kali sehingga benda asing terkeluar.
  • Sekiranya gagal, bongkokkan mangsa ke depan dan tepuk sebanyak 5 kali di belakang tulang belikat.
  • Sekiranya gagal lakukan Heimlich Maneuver.
  • Berdiri di belakang mangsa.
  • Letakkan kedua-dua tangan anda di pinggang mangsa.
  • Tekan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat ke arah dalam dan ke atas.
  • Bagi wanita yang mengandung atau mangsa yang gemuk tekanan dada boleh dilakukan.
  • Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan.
  • Lakukan CPR sekiranya mangsa pengsan.
  • Hubungi ambulans (999).

4. Bayi (Umur Kurang 1 Tahun) – Keadaan Tidak Sedar

  • Nilai keadaan bayi.
  • Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu bayi.
  • Periksa mulut bayi sekiranya terdapat benda asing.
  • Keluarkan benda asing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan.
  • Sekiranya bayi tidak bernafas setelah benda asing dikeluarkan berikan bantuan pernafasan.
  • Perhatikan pengembangan dada dan nilai pernafasan bayi.
  • Jika tiada, lakukan CPR.
  • Hubungi ambulans (999).

5. Kanak-kanak 8 Tahun Ke atas dan Dewasa – Keadaan Tidak Sedar

  • Nilai keadaan mangsa.
  • Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
  • Periksa mulut mangsa sekiranya terdapat benda asing.
  • Keluarkan benda asing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan.
  • Sekiranya mangsa tidak bernafas setelah benda asing dikeluarkan, berikan bantuan pernafasan.
  • Perhatikan pengembangan dada dan nilai pernafasan mangsa.
  • Jika tiada, lakukan CPR.
  • Hubungi ambulans (999).

Punca

Keadaan atau keadaan perubatan tertentu boleh menyebabkan seseorang lebih cenderung untuk tercekik. Beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan tercekik adalah:

  • Kanak-kanak berusia dibawah 5 tahun
  • Warga emas
  • Penghidap penyakit saraf
  • Penghidap penyakit degenerasi otot seperti sklerosis.
  • Penyempitan esofagus akibat daripada refluks asid yang kronik.
  • Individu yang cedera yang menjejaskan proses menelan.

Tambahan daripada itu juga, tindakan atau tabiat seperti berikut boleh meningkatkan risiko tercekik:

  • Makan terlalu laju
  • Makan sambil berdiri
  • Tidak mengunyah makanan dengan betul
  • Makan semasa berbaring

Bahan atau Makanan yang Berisiko Menyebabkan Tercekik

Berikut adalah bahan atau makanan yang berisiko menyebabkan tercekik:

  • Belon getah
  • Guli
  • Duit syiling
  • Bateri jam tangan
  • Alat mainan yang kecil
  • Tudung pen atau marker
  • Pin
  • Sosej
  • Gula-gula keras
  • Anggur
  • Kacang
  • Buah epal
  • Lobak merah
  • Mentega kacang
  • Bertih jagung
  • Marshmallow

Rujukan
  • Md. Raihan, R. (2019). Tercekik: Rawatan Awal. MyHealth KKM
  • Hayes, K. (2020). Causes, Prevention, and Treatment of Choking. verywellhealth
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.