SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Teknologi Kesihatan » Telesurgeri: Pembedahan Jarak Jauh Berteknologi Tinggi
Teknologi Kesihatan

Telesurgeri: Pembedahan Jarak Jauh Berteknologi Tinggi

By SihatAfiatUpdated:09/02/2022

Telesurgeri ialah sistem pembedahan yang baru yang memanfaatkan rangkaian tanpa wayar dan teknologi robot untuk menghubungkan pakar bedah dan pesakit yang terletak jauh antara satu sama lain. Sistem ini boleh mengatasi masalah kekurangan pakar bedah, perjalanan yang jauh, potensi komplikasi dan kebolehcapaian rawatan berkualiti tinggi.

Konsep pembedahan jarak jauh ini bukanlah idea baru. Ia telah diterokai pada tahun 1970-an oleh U.S. National Aeronautics and Space Administration (NASA) yang berminat dalam merawat angkasawan di angkasa lepas berdasarkan konsep pembedahan jarak jauh atau telesurgeri.

Kemajuan yang ketara dalam bidang telekomunikasi dan pembedahan robotik pada tahun 1980-an dan 1990-an telah menjadikan pembedahan telerobotik sebagai satu pilihan yang praktikal.

telesurgeri

Perkembangan Teknologi Telesurgery

Pembedahan telerobotik yang pertama telah berjaya dijalankan terhadap pesakit di Strasbourg, Perancis oleh Profesor Jacques Marescaux pada 7 September 2001. Pembedahan ini dipanggil “Pembedahan Lindbergh”.

Pembedahan ini melibatkan pembedahan pembuangan pundi hempedu dengan bantuan telesurgeri yang selesai dalam masa 54 minit tanpa sebarang komplikasi.

Sejak pembedahan telerobotik yang pertama pada tahun 2001, pembangunan pembedahan jarak jauh mengalami kesukaran kerana limitasi sistem rangkaian.

Walau bagaimanapun, revolusi industri keempat telah mengubah masa depan pembedahan dengan perintegrasian teknologi baru seperti internet generasi kelima (5G), kepintaran buatan, teknologi maklum balas haptik, teknologi nano dan percetakan 3 dimensi (3D).

Pada tahun 2019, pembedahan tulang belakang telerobotik berasaskan rangkaian 5G telah dijalankan terhadap 12 pesakit di 6 buah hospital di 6 bandar yang berbeza di China. 12 kes ini menunjukkan adalah mungkin untuk menyediakan kependaman minimum, lebar jalur yang tinggi, dan komunikasi yang boleh dipercayai untuk perkhidmatan perubatan tanpa ralat telekomunikasi atau kelewatan rangkaian.

Kebaikan atau Kelebihan Telesurgeri

Terdapat banyak kelebihan telesurgeri berbanding kaedah pembedahan konvensional. Antaranya adalah:

1. Menyediakan Pembedahan Berkualiti Tinggi Kepada Lokasi yang Kurang Mendapat Perkhidmatan Perubatan

Telesurgeri boleh menyediakan rawatan pembedahan kepada semua orang di seluruh dunia, terutamanya kawasan terpencil seperti kawasan luar bandar atau medan perang dan kawasan yang tidak boleh diakses seperti kapal angkasa.

2. Menghilangkan Keperluan untuk Perjalanan Jarak Jauh

Perjalanan untuk mendapatkan rawatan perubatan bukanlah pilihan yang boleh dilaksanakan bagi kebanyakan orang sama ada kerana kekangan kewangan, risiko kesihatan yang berkaitan dengan perjalanan, sekatan perjalanan atau kelewatan masa yang dalam sesetengah kes boleh menjadi tidak produktif.

3. Membenarkan Kolaborasi Pembedahan antara Pakar Bedah

Kerjasama antara pakar pembedahan yang berbeza dari pelbagai pusat penjagaan kesihatan boleh berlaku dalam masa nyata.

4. Meningkatkan Ketepatan Pembedahan

Kamera definisi tinggi (3D) membolehkan pakar bedah melihat pandangan dekat tempat pembedahan, yang tidak mudah diakses. Ketepatan pembedahan yang lebih baik mengurangkan kemungkinan merosakkan struktur sekeliling, mengurangkan risiko kehilangan darah, transfusi darah dan mengurangkan risiko jangkitan.

5. Menghapuskan Potensi Kekurangan Pakar Bedah

Terdapat kekurangan global pakar bedah dan pakar bius yang berkelayakan yang mana telesurgeri berpotensi menjadi penyelesaiannya.

6. Meminimumkan Risiko Jangkitan

Pada musim pendemik COVID-19 ini, pembedahan hanya dikhaskan untuk pesakit kritikal kerana risiko penularan virus. Telesurgeri adalah pilihan yang berdaya maju untuk perlindungan kedua-dua pakar bedah dan pesakit.

Limitasi atau Kelemahan Telesurgeri

Di samping banyak kebaikan atau kelebihan, telesurgeri juga turut mempunyai beberapa limitasi. Contohnya seperti:

1. Isu Perundangan

Konsep mendapatkan rawatan perubatan daripada pakar bedah tanpa interaksi sebenar, boleh menimbulkan keraguan.

Kemunculan telesurgeri telah menimbulkan beberapa isu undang-undang dan etika, kerana undang-undang berbeza di seluruh sempadan negeri dan negara.

2. Kos

Kos sistem robotik dan kemampuan telekomunikasi berkelajuan tinggi menjadi masalah, terutamanya di negara membangun.

3. Isu Bil

Memandangkan pusat perubatan yang berbeza bekerjasama dalam telesurgeri. Isu urusan bil mengenai pengagihan yuran operasi pusat perubatan yang mengambil bahagian boleh menjadi penghalang.

4. Pembangunan Rangkaian Global

Untuk menjadikan telesurgeri sebagai pilihan yang boleh dilaksanakan untuk sesiapa sahaja di dunia, terdapat keperluan untuk membangunkan rangkaian global yang baik yang membolehkan pesakit di mana-mana bahagian dunia mendapatkan rawatan tanpa melakukan perjalanan jauh.

5. Ancaman Sekuriti Siber

Pertumbuhan pesat dalam aplikasi telesurgeri telah meningkatkan serangan siber terhadap robot pembedahan. Sistem komputer robotik ini mempunyai kemungkinan untuk diambil alih dan malah dijadikan senjata yang boleh memudaratkan.

6. Kependaman

Jeda masa adalah kelemahan utama yang diperhatikan dalam bidang pembedahan telerobotik. Peningkatan kependaman boleh meningkatkan kemungkinan ketidaktepatan, bersama-sama dengan masa pembedahan yang panjang.

7. Rangkaian 5G

Secara teorinya, kelajuan maksimum 5G adalah sehingga 10 Gbps, yang bermaksud bahawa ia adalah seratus kali lebih pantas daripada 4G yang kelajuan maksimum 100 Mbps.

Penggabungan internet 5G berkelajuan tinggi dengan telesurgeri akan mengurangkan tempoh kependaman antara 0.27 hingga 0.01 saat. Peningkatan kependaman ini boleh menyelesaikan masalah jeda masa yang merupakan isu berkaitan telesurgeri.

Walau bagaimanapun, masih banyak negara yang tidak mempunyai rangkaian 5G ini.

8. Kesukaran Perolehan Peralatan

Perolehan dan penyelenggaraan peralatan juga adalah satu halangan bagi telesurgeri.

Rujukan
  • Mohan, A. et al. (2021). Telesurgery and Robotics: An Improved and Efficient Era. Cureus.
  • Marescaux J. (2002). [Code name: “Lindbergh operation”]. Annales de chirurgie.
  • Choi, P. J. et al. (2018). Telesurgery: Past, Present, and Future. Cureus.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.