SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Teknologi Kesihatan » Pembedahan Lasik: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Teknologi Kesihatan

Pembedahan Lasik: Apa Yang Perlu Anda Tahu

By SihatAfiatUpdated:15/03/2022

Pembedahan LASIK atau nama panjangnya “Laser-assited in situ keratomileusis” ialah satu prosedur pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan. Prosedur rawatan ini boleh menjadi alternatif kepada pemakaian kaca mata atau kanta lekap.

LASIK telah dipatenkan oleh Dr. Gholam Peyman pada tahun 1989 dan mula mendapat sambutan pada awal tahun 1990-an.

Prosedur ini mudah mendapat perhatian dan popular kerana dapat mengurangkan masa pemulihan dan kurangnya komplikasi selepas pembedahan.

Selepas 30 tahun diperkenalkan, LASIK terus menyediakan prosedur yang efisien, boleh diramal dan selamat bagi pesakit yang ingin membetulkan masalah penglihatan mereka.

pembedahan lasik

Perkembangan Teknologi LASIK

Pada permulaan pembedahan LASIK ini, sistem mata pisau yang dikenali sebagai microkeratomes digunakan untuk membuat flap sebelum laser Excimer digunakan untuk membentuk kembali kornea mata.

Perkembangan teknologi telah menghasilkan teknologi laser Femtosecond. Teknologi ini dikenali sebagai Femto-LASIK. Teknologi ini tidak lagi menggunakan mata pisau untuk membuat flap. Laser ini digunakan untuk membuat flap kornea ini. Kaedah ini lebih efektif berbanding kaedah mekanikal menggunakan microkeratomes.

Masalah Penglihatan yang Boleh Dibetulkan

Pembedahan LASIK boleh membetulkan masalah penglihatan seperti berikut:

  • Rabun jauh (Miopia): Rabun yang menyebabkan anda boleh melihat objek dekat dengan jelas tetapi kabur ketika melihat objek jauh.
  • Rabun dekat (Hiperopia): Rabun yang menyebabkan anda melihat objek jauh dengan jelas tetapi kabur bagi objek dekat.
  • Keastigmaan (astigmatism): Kerosakan penglihatan yang menyebabkan pembentukan imej yang herot akibat daripda kerosakan kanta mata.

Risiko yang Berkaitan

Terdapat juga komplikasi akibat daripada pembedahan ini namun kebanyakkannya boleh diatasi dengan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh doktor yang mengendalikan pembedahan ini.

Komplikasi ini akan hilang selepas beberapa minggu atau bulan selepas pembedahan.

  1. Mata kering: Pembedahan ini akan menyebabkan pengurangan penghasilan air mata secara sementara. Mata akan berasa kering semasa dalam proses pemulihan. Doktor mungkin akan menyarankan penggunaan ubat titis mata untuk masalah mata kering ini.
  2. Silau dan penglihatan berganda: Anda akan mengalami kesukaran untuk melihat pada waktu malam (mungkin sehingga beberapa hari atau minggu). Anda juga mungkin akan lebih sensitif terhadap cahaya, silau dan penglihatan berganda.
  3. Keastigmaan: Keastigmaan akan berlaku sekiranya tisu yang dibuang adalah tidak sekata.
  4. Masalah flap: menterbalik atau membuang flap daripada hadapanmata semasa pembedahan boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan dan air mata berlebihan.
  5. Undercorrections: Keadaan ini terjadi apabila laser membuang terlalu sikit tisu dari mata anda, anda tidak akan mendapat penglihatan yang jelas seperti yang diharapkan.
  6. Overcorrections: Keadaan ini terjadi sekiranya laser membuang tisu terlalu banyak daripada mata.

Risiko yang jarang berlaku

  1. Regresi: Regresi berlaku apabila penglihatan perlahan-lahan berubah kembali kepada asal.
  2. Hilang penglihatan: Jarang berlaku. Pembedahan yang mengakibatkan hilang penglihatan.
  3. Penanggalan retina: Keadaan dimana lapisan tisu nipis di bahagian mata tertanggal daripada posisi normal.

Persediaan yang Perlu

Sebelum menjalani pembedahan ini, beberapa perkara yang anda perlu tahu adalah seperti berikut:

  • Kos pembedahan: Sila dapatkan maklumat seperti kos pembedahan dan kos-kos yang terlibat sebelum menjalani pembedahan ini. Kebiasaannya, pembedahan LASIK dianggap pembedahan elektif, maka banyak syarikat insurans tidak menampung kos pembedahan tersebut.
  • Jangan memakai alat solek di mata: Jangan pakai persolekan, krim, losyen atau perfum sehari sebelum dan pada hari pembedahan. Ini bertujuan untuk menyingkirkan bendasing di bahagian mata dan mengelakkan jangkitan.
  • Dapatkan peneman: Pastikan ada peneman yang menemani anda untuk membawa anda pulang. Kemungkinan selepas pembedahan, kesan ubat masih dirasai dan penglihatan akan sedikit kabur.
  • Berhenti memakai kanta lekap: Pesakit dinasihatkan berhenti memakai kanta lekap sementara waktu iaitu kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum pemeriksaan dijalankan bagi membolehkan permukaan kornea stabil.

Tidak Disarankan Kepada Golongan Ini

Pembedahan ini tidak disarankan kepada mereka yang mengalami masalah-masalah seperti berikut:

  • Penyakit mata
  • Mengandung atau menyusu bayi
  • Masih mempunyai penglihatan yang masih baik keseluruhannya
  • Mempunyai rabun jauh yang tidak teruk
  • Mempunyai anak mata yang besar dan kornea yang nipis
  • Terlibat dengan sukan yang melibatkan sentuhan yang mungkin menyebabkan pelanggaran dimuka.

Dapatkan konsultasi daripada doktor sebelum anda menjalani pembedahan ini.

Kelebihan Pembedahan LASIK

Pembedahan LASIK adalah satu kaedah moden yang lebih baik dan selamat kepada pesakit.

Satu kajian metaanalisis melaporkan bahawa prosedur LASIK menunjukkan peningkatan ketajaman penglihatan dan keselamatan pesakit yang sama jika dibandingkan dengan beberapa prosedur pembedahan biasan yang lain.

Pembedahan LASIK juga mempunyai kelebihan dari segi pemulihan yang pantas dan mengurangkan kesakitan selepas pembedahan.

Kajian juga melaporkan bahawa pembedahan LASIK mencatatkan 92% hingga 95% kepuasan bagi pesakit yang menjalani pembedahan ini.

Harga Pembedahan LASIK

Harga atau kos pembedahan LASIK berbeza-beza mengikut klinik yang menyediakan pembedahan ini. Lazimnya, anggaran kos pembedahan termasuk kos-kos lain adalah RM 2,000 ke atas.

Rujukan
  • Bashir, Z. S. et al. (2017). Femto-lasik: The recent innovation in laser assisted refractive surgery. JPMA. The Journal of the Pakistan Medical Association.
  • Farjo, A. A. et al. (2013). Femtosecond lasers for LASIK flap creation: a report by the American Academy of Ophthalmology. Ophthalmology.
  • Wen, D. et al. (2017). Postoperative Efficacy, Predictability, Safety, and Visual Quality of Laser Corneal Refractive Surgery: A Network Meta-analysis. American journal of ophthalmology.
  • Tran, K., & Ryce, A. (2018). Laser Refractive Surgery for Vision Correction: A Review of Clinical Effectiveness and Cost-effectiveness. Canadian Agency for Drugs and Technologies in Health.
  • Moshirfar M, Bennett P, Ronquillo Y. Laser In Situ Keratomileusis. [Updated 2021 Jan 21]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2021 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK555970/#
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.