SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Berita » Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual
Berita

Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

By SihatAfiatUpdated:21/09/2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan akhbar hari ini memberi penjelasan mengenai isu keselamatan dan keberkesanan nano mist spray sebagai alat disinfeksi.

Nano mist spray menarik minat banyak pengguna di negara ini untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai yang menganggap bahawa alat ini berupaya menghapuskan virus di uadara dan juga di permukaan.

Menurut KKM lagi, keberkesanan penggunaan alat nano mist spray ini bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan serta tempoh masa pendedahan.

nano mist spray gun

Setakat ini beberapa larutan disinfeksi yang sedia ada seperti:

  • Larutan mengandungi alkohol 70%-90%
  • Hidrogen peroksida (hydrogen peroxide)
  • Thymol
  • Quarternary ammonia
  • Larutan berasaskan klorin

berkesan untuk membunuh virus SARS-CoV-2.

Selain itu, pihak KKM juga turut menekankan bahawa penggunaan larutan disinfeksi ini hanyalah untuk menyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan untuk secara langsung ke atas manusia.

Hal ini kerana sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti iritasi pada kulit, mata, saluran pernafasan dan juga sistem penghadaman.

Tambahan lagi, pihak KKM turut menegaskan bahawa penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

INFO – Nano mist spray adalah alat penyembur yang menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Alat ini mempunyai banyak kegunaan dalam pelbagai tujuan seperti kecantikan, domestik dan industri. Ia bergantung kepada spesifikasi alat dan cecair yang digunakan. Alat ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz, daripada untuk kegunaan sendiri sehinggalah untuk kegunaan industri.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.