SihatAfiat adalah sebuah laman sesawang kesihatan di Malaysia. Laman sesawang ini merangkumi maklumat-maklumat kesihatan, pencegahan dan rawatan serta penjagaan kesihatan awam.
Pihak kami percaya bahawa mendidik masyarakat dengan sedikit sebanyak ilmu kesihatan boleh membantu membentuk masyarakat yang peka akan kesihatan mereka. Begitu juga dengan mendapatkan maklumat mengenai pencegahan dan rawatan. Maklumat seperti ini boleh membantu pesakit atau orang yang terdekat dengan mereka mengetahui apakah tindakan yang sepatutnya mereka ambil dan memberikan mereka gambaran awal sebelum mendapatkan rawatan sebenar.
Mencari maklumat kesihatan kini adalah mudah. Ada dimana-mana dan dikongsikan oleh ramai pihak. Tetapi mencari maklumat yang boleh dipercayai dan boleh digunapakai adalah sukar.
Pihak kami ingin mengubah senario ini. SihatAfiat ingin menjadikan maklumat kesihatan dapat dipercayai, difahami dan membolehkan anda membuat pilihan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
Kami tahu kepercayaan itu diperolehi. Oleh itu, kami ingin kongsikan bagaimana SihatAfiat menghasilkan kandungan atau artikel yang benar, tepat dan terkini.
Proses Penghasilan Artikel SihatAfiat
Pihak pengarang SihatAfiat sentiasa komited untuk menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti tanpa berat sebelah dan mempunyai bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang awam.
Setiap artikel yang dihasilkan mempunyai fakta-fakta dan rujukan yang boleh dipercayai daripada kajian-kajian, terbitan akademik, maklumat daripada agensi kerajaan dan persatuan perubatan.
Setiap fakta dan maklumat spesifik yang diambil akan disertakan pautan ke artikel atau kajian asal yang dinyatakan dalam bentuk nombor dalam kurungan – [1]. Atau diletakkan dalam ruangan rujukan di bahagian bawah setiap artikel.
Penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang diubah kepada Bahasa Melayu pula adalah berdasarkan rujukan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kekal Relevan
Pihak SihatAfiat akan sentiasa mengemaskini maklumat dalam artikel kami sekiranya terdapat maklumat baharu. Bagitu juga sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat, tidak jelas dan ketinggalan yang diutarakan oleh pembaca kami.
Misi Kami
Misi kami adalah untuk menjadi sebuah platform pendidikan kesihatan untuk orang awam yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat kesihatan dan panduan.
Hubungi Kami
Pengguna laman sesawang ini boleh menggunakan borang di halaman Hubungi sekiranya terdapat sebarang aduan atau saranan. Pengguna juga boleh menggunakan ruangan komen untuk berinteraksi dengan kami.