SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Vaksin » Jadual Imunisasi Bagi Bayi dan Kanak-kanak Terkini (2022)
Vaksin

Jadual Imunisasi Bagi Bayi dan Kanak-kanak Terkini (2022)

By SihatAfiatUpdated:12/01/2022

Jadual imunisasi kebangsaan bagi bayi dan kanak-kanak di Malaysia ini bermatlamat menjadi sumber rujukan atau maklumat kepada ibu bapa mengenai program imunisasi yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kenapa Imunisasi Penting?

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlaku kecacatan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak. Vaksinasi atau imunisasi adalah salah satu cara yang efektif untuk mencegah dan mengurangkan jangkitan penyakit-penyakit ini.

Imunisasi juga penting bagi mengelakkan sesuatu penyakit berjangkit menjadi wabak dan epidemik. Tambahan daripada itu juga, kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk.

jadual imunisasi bayi dan kanak-kanak terkini

Penyakit-penyakit yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi

Program imunisasi bagi kanak-kanak di Malaysia bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berikut:

1. Tibi (Tuberculosis)

Penyakit tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluran pernafasan. Penyakit ini boleh tersebar melalui titisan (melalui udara) semasa bersin atau batuk oleh orang yang telah dijangkiti.

Penyakit ini boleh menyebabkan kompilkasi seperti radang selaput otak, radang paru-paru, jangkitan kelenjar limfa dan serangan pada organ-organ lain.

2. Hepatitis B

Hepatitis B adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Penyakit ini berjangkit melalui darah yang tercemar semasa pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan.

Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan hati kronik, sirosis dan kanser hati.

3. Difteria

Difteria adalah radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin (racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria.

Penyakit ini boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkin menyebabkan kematian. Pemberian antitoksin penting bagi mengelakkan kerosakan yang berkekalan pada jantung dan sistem saraf atau kematian.

4. Batuk Kokol (Pertussis)

Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria pertussis. Bakteria ini menjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan. Jangkitan ini menyebabkan batuk yang teruk dan kerap muntah.

Batuk kokol sering mengakibatkan kematian bagi bayi berumur di bawah 6 bulan. Batuk kokol boleh menyebabkan komplikasi seperti sawan tarik, pendarahan dalam mata, radang paru-paru dan radang selaput otak (meningitis).

5. Kancing Gigi (Tetanus)

Kancing gigi adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Clostridium tetani. Spora bakteria ini didapati di dalam tanah. Penyakit ini boleh berlaku apabila terdapat luka yang tercemar dengan spora tetanus.

Bakteria tetanus yang menceroboh badan akan menghasilkan toksin (racun) yang menyebabkan pengecutan otot yang menyakitkan.

6. Polio (Poliomyelitis)

Polio adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Polio yang menyerang saraf. Penyakit ini boleh menyebabkan lumpuh atau menyebabkan kesukaran bernafas dan boleh membawa kepada kematian.

Penyakit Polio berjangkit melalui tangan, makanan dan air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkiti dengan penyakit ini.

7. Penyakit Hib

Penyakit Hib adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae type B. Penyakit ini menyebabkan radang selaput otak (meningitis), radang paru-paru (pneumonia), radang epiglotis, bengkak saluran pernafasan dan kematian.

Komplikasi penyakit ini adalah pekak, ketidakupayaan atau kerosakan otak yang kekal.

8. Campak (Measles)

Campak adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Ramai menganggap penyakit ini tidak berbahaya.

Namun, sebenarnya penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti radang paru-paru, jangkitan otak, sawan, pekak, buta dan kematian jika tidak dirawat.

9. Beguk (Mumps)

Beguk adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Mumps. Penyakit ini boleh menyebabkan radang selaput otak, radang buah zakar (boleh menyebabkan kemandulan bagi kanak-kanak lelaki), jangkitan otak , jangkitan pankreas dan pekak.

10. Rubella

Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit ini akan memberi kesan kepada ibu mengandung yang tidak pernah menerima vaksinasi rubella.

Penyakit ini akan mengakibatkan kecacatan terhadap bayi seperti buta, katarak, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal.

11. Japanese Encephalitis (JE)

Japanese Encephalitis (JE) adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus bawaan nyamuk Culex. Virus ini boleh menjangkiti babi, kuda dan manusia.

Penyakit ini boleh menyebab encephalitis iaitu keradangan pada otak yang boleh menyebabkan demam, sakit kepala, sawan dan juga kematian.

12. Human Papilloma Virus (HPV)

Human papilloma virus (HPV) ialah jangkitan virus berjangkit antara manusia melalui sentuhan kulit ke kulit. Terdapat lebih 100 jenis HPV dan 40 daripadanya merebak melalui hubungan seksual.

HPV boleh menyebabkan kanser serviks dan kanser-kanser lain seperti kanser faraj, vulva, anus dan zakar.

Jadual Imunisasi Bayi dan Kanak-kanak Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia

jadual imunisasi bayi dan kanak-kanak terkini 2020
Nota: BCG adalah vaksinasi untuk penyakit Tibi

Jadual imunisasi kebangsaan bayi dan kanak-kanak yang terkini ini menunjukkan perubahan dari segi jumlah suntikan iaitu daripada tujuh (7) suntikan kepada lima (5) suntikan.

Pertukaran ini boleh memudahkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak diberikan suntikan vaksin mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

Kesan Sampingan

Imunisasi adalah selamat.

Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya terlebih dahulu. Pemantauan berterusan juga turut dijalankan walaupun vaksin tersebut telah diluluskan oleh pihak bertanggungjawab.

Namun, kesan sampingan yang ringan dan tidak berbahaya mungkin berlaku bagi sesetengah bayi atau kanak-kanak. Antaranya adalah:

  • Kesan kemerahan
  • Sedikit bengkak dan kesakitan ditempat suntikan
  • Ruam
  • Demam
  • Rasa mengantuk

Rujukan
  • Noor Hisham Abdullah. (2020). Kenyataan Akhbar KPK 17 November 2020 – Pertukaran Jadual Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-kanak Susulan Pertukaran kepada Vaksin Enam Serangkai Difteria – Tetanus – Pertussis – Polio – Hepatitis B – Haemophilus Influenza Type B (Hib). From the Desk of the Director-General of Health Malaysia.
  • Bahagian Pendidikan Kesihatan. (2002). Fakta Imunisasi Kanak-kanak Bagi Kakitangan Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.