SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Insulin » Insulin: Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
Insulin

Insulin: Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

By SihatAfiatUpdated:18/03/2022

Apa itu Insulin?

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Kelenjar pankreas terletak di bahagian belakang perut. Insulin membenarkan badan anda menggunakan glukosa untuk tenaga. Glukosa adalah gula ringkas yang terdapat di dalam kebanyakan karbohidrat (makanan).

Apabila seseorang makan, karbohidrat yang dimakan akan diuraikan di dalam saluran pencernaan dan berubah menjadi glukosa. Glukosa tersebut kemudiannya akan diserap ke dalam aliran darah anda melalui lapisan usus kecil.

Sebaik sahaja glukosa berada dalam aliran darah, insulin akan memberi isyarat kepada sel-sel di seluruh badan anda untuk menyerap glukosa tersebut dan menggunakannya untuk tenaga.

insulin

Insulin juga membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah anda. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam aliran darah anda, hormon ini akan memberitahu badan untuk menyimpan lebihan glukosa di dalam hati.

Glukosa yang disimpan tidak dilepaskan sehingga paras glukosa darah anda berkurangan. Paras glukosa darah anda mungkin berkurangan antara waktu makan atau apabila badan anda tertekan atau memerlukan tenaga tambahan.

Kaitan antara Insulin dan Diabetes

Diabetes atau penyakit kencing manis berlaku apabila badan tidak menggunakan insulin dengan betul atau menghasilkan insulin yang cukup. Diabetes dibahagikan kepada 2 jenis iaitu jenis 1 dan jenis 2.

Diabetes jenis 1 adalah penyakit autoimun iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan sistem imun badan menyerang sel-sel yang sihat. Bagi pesakit diabetes jenis 1, badan mereka tidak menghasilkan insulin dengan betul akibat sisem imun telah menyerang sel-sel yang menghasilkan hormon tersebut di dalam kelenjar pankreas.

Diabetes jenis 2 pula sel-sel badan tidak bertindak balas dengan normal terhadap insulin. Keadaan ini dipanggil rintangan insulin. Oleh itu, kelenjar pankreas menghasilkan lebih banyak insulin untuk cuba mendapatkan tindak balas sel-sel bagi mengekalkan paras gula yang normal. Selepas beberapa tahun, pankreas tidak dapat bersaing dan gula darah anda meningkat.

Sejak awal abad ke-20, doktor telah dapat mengasingkan insulin dan menyediakannya dalam bentuk suntikan untuk menambah hormon tersebut bagi orang yang tidak dapat menghasilkannya sendiri atau mengalami rintangan insulin.

Jenis-jenis Insulin

Jenis insulin yang dipreskripsi akan bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Usia
  • Tahap aktiviti
  • Jangka masa untuk badan menyerap insulin
  • Jangka masa untuk insulin kekal aktif di dalam badan

Jenis insulin yang sesuai untuk anda bergantung kepada bila dan sejauh mana kesannya terhadap paras glukosa darah anda, termasuk:

  • Permulaan tindakan – Bila ia mula bertindak menurunkan paras glukosa darah.
  • Puncak tindakan – Bilakah kesannya di tahap maksimum terhadap paras glukosa darah.
  • Jangka masa tindakan – Berapa lamakah tindakan keseluruhannya bertahan.

Berikut adalah jenis-jenis insulin dan jangka masa tindakan.

JenisNama dan jenamaPermulaan TindakanPuncak TindakanJangka masa Tindakan
Tindakan cepatInsulin lispro (Humalog)
Insulin aspart (NovoLog)
10-30 minit1/2-3 jam3-5 jam
Tindakan pendekInsulin regular
(Humulin R, Novolin R)
Insulin regular buffered (Velosulin)
30-60 minit2-5 jam5-8 jam
Tindakan sederhanaIsophane insulin
(Humulin N, Novolin N)
Insulin zinc (Humulin L)
1-2 jam2-12 jam14-24 jam
Tindakan panjangInsulin zinc extended
(Humulin U)
1/2-3 jam4-20 jam20-36 jam
Tindakan panjangInsulin glargine
(Lantus)
1/2-3 jamTiada puncakSehingga 24 jam

Bagaimana untuk Menyimpan Insulin?

Seperti makanan, insulin tidak mempunyai jangka hayat selama-lamanya. Anda disarankan untuk menyimpan sebarang insulin yang tidak digunakan di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, menyuntik insulin sejuk boleh menyebabkan suntikan berasa lebih menyakitkan.

Oleh sebab itu, amalan terbaik ialah menyimpan botol insulin yang sedang anda gunakan di tempat yang selamat, jauh daripada haba dan cahaya matahari. Insulin yang disimpan pada suhu bilik boleh bertahan kira-kira sebulan.

Jangan simpan insulin di dalam penyejuk beku (freezer) dan sentiasa semak tarikh luput sebelum menggunakannya.

Rujukan
  • Othman, N.H et al. (2008). Insulin. MyHealth KKM. http://www.myhealth.gov.my/insulin/
  • DiGiacinto, J. & Higuera, V. (2021). Everything You Need to Know About Insulin. Healthline

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.