SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Batuk » Batuk: Ketahui Punca, Rawatan dan Komplikasi
Batuk

Batuk: Ketahui Punca, Rawatan dan Komplikasi

By SihatAfiatUpdated:08/12/2021

Batuk ialah tindak balas badan apabila terdapat sesuatu bahan iritasi yang mengganggu kerongkong atau saluran pernafasan.

Bahan iritasi ini merangsang saraf yang menghantar mesej kepada otak. Otak akan memberitahu otot di dalam dada dan perut untuk menolak udara keluar daripada paru-paru untuk memaksa bahan iritasi itu untuk keluar.

Batuk sekali-sekala itu adalah normal dan sihat. Batuk juga merupakan aduan perubatan paling lazim diterima dan dianggarkan menyebabkan kira-kira 30 juta lawatan ke klinik setiap tahun.

Tetapi sekiranya batuk tersebut berpanjangan selama beberapa minggu atau menyebabkan kahak berdarah. Ia mungkin memerlukan rawatan perubatan.

batuk

Apakah Punca yang Menyebabkan Anda Batuk?

Terdapat beberapa punca atau keadaan yang boleh menyebabkan batuk. Berikut adalah beberapa penyebab kepada batuk.

1. Alahan atau asma

Sekiranya anda menghidap alahan atau asma, menyedut alergen atau pencetus seperti habuk atau debunga boleh menyebabkan batuk. Batuk ini bertujuan untuk membuang alergen atau benda asing tersebut.

2. Virus & bakteria

Demam dan selesema juga boleh menyebabkan batuk. Batuk ini baik untuk menyingkirkan kuman pada mukus daripada paru-paru.

3. Asap rokok

Asap rokok juga boleh menjadi penyebab kepada batuk. Bagi perokok, batuk yang disebabkan oleh merokok lazimnya bersifat kronik (berpanjangan).

4. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan batuk walaupun ia adalah kesan sampingan yang jarang-jarang berlaku. Ubat yang digunakan untuk merawat keadaan jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan batuk.

5. Chronic Obstructive Pulmonary Disorder (COPD)

COPD melibatkan tiga keadaan yang serius seperti bronkitis kronik, asma obstruktif kronik, dan emfisema.

Penyakit ini melemahkan saluran tiub pernafasan dan kantung-kantung kecil (alveoli) yang menyalurkan oksigen ke dalam salur darah dan menyingkirkan karbon dioksida.

6. Refluks asid

Refluks asid juga boleh menyebabkan batuk akibat daripada asid perut yang naik ke kerongkong terutamanya pada waktu malam.

7. Titis postnasal

Titis postnasal ini boleh berlaku sekiranya anda mengalami demam selesema, selesema, jangkitan sinus, alahan atau masalah lain.

Mukus akan menitis dari hidung ke kerongkong dan menyebabkan anda batuk.

Bagaimana untuk Merawat Batuk?

Batuk boleh dirawat dengan beberapa kaedah,bergantung kepada puncanya. Antara pilihan rawatan adalah:

1. Ubat-ubatan

Ubat batuk belian kaunter boleh membantu merawat dan mengurangkan batuk yang dialami. Bagi kes batuk yang ringan, lazimnya ubat batuk belian kaunter sudah memadai.

Namun, sekiranya batuk tersebut kronik atau disebabkan oleh jangkitan, anda mungkin memerlukan rawatan daripada doktor dan ubat yang dipreskripsi.

2. Rawatan untuk masalah lain

Sekiranya batuk tersebut disebabkan masalah kesihatan yang lain seperti asma, COPD atau refluks asid. Anda memerlukan rawatan khusus untuk penyakit tersebut.

3. Hindari alergen atau pencetus

Sekiranya batuk tersebut disebabkan oleh asma atau alahan, sila hindari alergen tersebut atau singkirkan alergen tersebut daripada rumah anda.

4. Petua atau rawatan dirumah

Beberapa petua atau rawatan boleh dilakukan untuk melegakan batuk. Antaranya adalah:

  • Berkumur dengan air garam suam
  • Minum air yang banyak bagi mengelakkan tekak kering
  • Hisap lozeng untuk melegakan kerongkong
  • Minum teh halia dicampur madu untuk melegakan batuk dan membersihkan saluran pernafasan (elakkan memberi madu kepada kanak-kanak dibawah umur 1 tahun)
  • Tidur dengan kepala ditinggikan sedikit daripada badan.

Komplikasi Sekiranya Tidak Dirawat

Dalam kebanyakan kes, batuk biasanya hilang dengan sendirinya selepas seminggu atau dua minggu daripada ia mula berlaku. Biasanya ia tidak menyebabkan komplikasi yang serius.

Bagi sesetengah kes, batuk boleh menyebabkan komplikasi yang bersifat sementara seperti:

  • Kepenatan
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Keretakan tulang rusuk

Namun, komplikasi ini amatlah jarang berlaku.

Bilakah Perlu Berjumpa Doktor?

Kebanyakan batuk akan beransur-ansur pulih dalam masa 2 hingga 3 minggu daripada hari ia bermula. Namun, sekiranya anda mengalami batuk yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk pulih serta diikuti simptom-simptom berikut, sila mendapatkan rawatan daripada doktor.

Antara simptom-simptom yang perlu diawasi adalah:

  • Sukar bernafas
  • Sakit dada
  • Pedih ulu hati
  • Batuk berdarah
  • Demam
  • Berpeluh pada waktu malam (waktu tidur)
  • Sukar untuk tidur

Rujukan
  • Sharma S, Hashmi MF, Alhajjaj MS. Cough. [Updated 2021 Aug 14]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2021 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK493221/
  • Nayana Ambardekar ,(2020).Why You Cough. WebMD.
  • Kati Blake (2019). Why Am I Coughing?. Healthline.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.