SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
SihatAfiat
  • Laman Utama
  • Kesihatan A-Z
    • Anemia
    • Batuk
    • Cacar Air
    • LIHAT SEMUA
  • Pencegahan & Rawatan
    • Pertolongan Cemas
    • Petua
    • Vaksin
  • Penjagaan Kesihatan
    • Teknologi Kesihatan
    • Kesihatan Awam
  • Berita

    4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Produk Kesihatan Tidak Berdaftar Bernilai Lebih RM24 juta Dirampas

    03/03/2022

    Hari Kanser Sedunia-Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

    04/02/2022

    Nano Mist Spray Tidak Menggantikan Disinfeksi Manual

    21/09/2021

    Harga Siling RTK Antigen COVID-19 RM19.90 dan RM16

    06/09/2021
  • Hubungi
SihatAfiat
Laman Utama » Pertolongan Cemas » Bagaimana untuk Menghentikan Hidung Berdarah Segera?
Pertolongan Cemas

Bagaimana untuk Menghentikan Hidung Berdarah Segera?

By SihatAfiatUpdated:03/12/2021

Hidung berdarah dalam bahasa perubatan adalah epistaksis (epistaxis). Hidung berdarah ini biasanya mudah untuk dihentikan dan jarang-jarang menyebabkan keadaan yang serius. Walaupun ia bukan keadaan yang serius, adalah penting untuk anda mengetahui bagaimana cara untuk menghentikan hidung berdarah yang betul.

Hidung berdarah berlaku akibat daripada salur darah yang terletak dalam rongga hidung pecah. Pecahan ini boleh berlaku secara spontan, dicetuskan oleh kecederaan, akibat penggunaan ubat-ubatan atau penyakit lain.

Kira-kira 60% orang mengalami hidung berdarah sekali seumur hidup mereka dan hanya 10% pendarahan hidung tersebut adalah teruk dan memerlukan rawatan perubatan.

hidung berdarah

Terdapat 2 jenis pendarahan hidung iaitu anterior dan posterior. Pendarahan hidung anterior lebih kerap berlaku berbanding posterior.

Pendarahan hidung jenis anterior berlaku dibahagian hadapan hidung iaitu dibahagian bawah dinding yang memisahkan kedua-dua belah hidung. Dinding ini dipanggil septum. Kapilari dan pembuluh darah di bahagian ini mudah pecah dan berdarah.

Pendarahan hidung jenis posterior pula berlaku dibahagian dalam hidung. Pendarahan ini disebabkan oleh pendarahan pembuluh darah yang lebih besar di bahagian belakang hidung berdekatan dengan kerongkong. Pendarahan jenis ini lebih serius berbanding pendarahan jenis anterior.

Punca yang Menyebabkan Hidung Berdarah

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan hidung berdarah. Punca yang paling lazim yang menyebabkan hidung berdarah adalah udara kering.

Udara kering boleh disebabkan cuaca yang panas, kering atau udara dalam bangunan yang panas. Udara yang kering ini menyebabkan lapisan membran dalam hidung menjadi kering dan retak. Seterusnya ia akan berdarah apabila digosok, dikorek atau dihembus.

Selain itu, terdapat juga punca-punca lain yang boleh menyebabkan hidung berdarah.

Antaranya adalah:

  • Mengorek hidung
  • Menghembuskan hidung dengan kuat
  • Memasukkan objek ke dalam hidung
  • Kecederaan pada hidung atau muka
  • Demam selesema
  • Alahan
  • Resdung
  • Septum hidung yang bengkok
  • Penggunaan ubat atau penyembur hidung yang kerap
  • Penggunaan ubat pencair darah
  • Penyalahgunaan dadah (menyedut menggunakan hidung)
  • Bahan kimia
  • Alkohol
  • Tekanan darah tinggi
  • Pengambilan suplemen atau ubat tradisional

Bagaimana untuk Menghentikan Hidung Berdarah

Kebiasaannya, beberapa langkah pertolongan cemas sudah memadai untuk menghentikan pendarahan tersebut.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

Langkah 1:

Bertenang.

Langkah 2:

Duduk secara menegak dan condongkan badan dan kepala kehadapan sedikit. Cara ini dapat mengelakkan daripada darah melalui kerongkong yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah atau cirit-birit.

Jangan berbaring, bersandar kebelakang atau meletakkan kepala diantara dua kaki.

Langkah 3:

Bernafas melalui mulut.

Langkah 4:

Gunakan tisu atau kain lembap untuk menyapu darah yang keluar.

Langkah 5:

Gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk memicit hidung. Picit dibahagian lembut hidung dan bukannya diatas batang hidung.

Langkah 6:

Picit hidung anda secara berterusan selama 5 minit sebelum memeriksa sama ada darah sudah berhenti atau tidak. Sekiranya hidung anda masih berdarah, picit hidung anda selama 10 minit lagi.

Langkah 7:

Anda juga boleh meletakkan pek ais pada batang hidung bagi membantu menyempitkan salur darah yang mana boleh memperlahankan pendarahan dan memberikan kelegaan. Langkah ini bukan kemestian tetapi boleh dicuba.

Langkah 8:

Anda juga boleh menggunakan ubat dekongestan belian kaunter seperti oxymetazoline di bahagian hidung berdarah dan berikan tekanan seperti langkah-langkah di atas.

Peringatan: Jangan menggunakan ubat jenis ini pada satu jangka masa yang lama kerana ia boleh meningkatkan risiko untuk pendarahan hidung.

Langkah 9:

Selepas darah berhenti, jangan membongkok, mengangkat objek berat dan menghembus atau menggosok hidung selama beberapa hari.

Sekiranya Pendarahan Tidak Berhenti

Sekiranya pendarahan tidak berhenti selepas beberapa kali melakukan langkah-langkah di atas, minta bantuan sesiapa untuk membawa anda ke hospital atau klinik berdekatan.

Pendarahan hidung memerlukan rawatan kecemasan sekiranya:

  • Pendarahan tidak berhenti selepas lebih 15 atau 20 minit melakukan tekanan (picit) hidung.
  • Pendarahan yang laju atau kehilangan darah yang banyak (lebih daripada satu cawan).
  • Anda mengalami kesukaran bernafas.
  • Anda muntah akibat tertelan banyak darah.
  • Hidung anda berdarah akibat daripada hentakan di kepala atau kecederaan yang serius.

Anda juga harus mendapatkan rawatan sekiranya:

  • Hidung anda kerap berdarah.
  • Anda mengalami simptom-simptom anemia seperti keletihan, kulit pucat atau sukar bernafas.
  • Anda mengambil ubat pencair darah
  • Anda mengalami pendarahan hidung yang berlaku sewaktu anda memulakan pengambilan ubat baru.
  • Anda mengalami pendarahan hidung berserta lebam-lebam di seluruh badan. Keadaan ini mungkin menunjukkan keadaan yang lebih serius.

Bagaimana untuk Mencegah Hidung Berdarah

Beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan kejadian hidung berdarah ini adalah:

  • Jangan mengorek hidung.
  • Menghembuskan hidung dengan lembut sekiranya anda mengalami selesema atau alahan.
  • Gunakan pelembap udara jika anda tinggal di kawasan beriklim panas dan kering.
  • Berhenti merokok kerana merokok boleh mengeringkan membran hidung.
  • Gunakan peralatan keselamatan semasa melakukan sukan ekstreme atau perkara yang berbahaya.
  • Pakai tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan bagi mengelakkan kecederaan muka.

Rujukan
  • Tabassom A, Cho JJ. Epistaxis. [Updated 2021 Aug 9]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2021 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK435997/
  • Cleveland Clinic medical professional. (2019). Nosebleed (Epistaxis). Cleveland Clinic.
  • Brouhard, R. (2021). How to Stop a Bloody Nose. verywellhealth.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

ARTIKEL TERKINI

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Gejala, Punca dan Rawatan

07/07/2022

Cacar Monyet: Ini yang Anda Perlu Tahu

05/07/2022

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

04/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang SihatAfiat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.